Tuesday, August 18, 2009

MissMiss


Oh my God, i miss him so much ;( , hmm. yunk, i rndu u gle2 ouh. dah lame xjumpe kankan? jeles gle bila tngok couple laen ouhh :)
ngde je. erghh, HAHA. xthan neyh, xprnah pulak rndu gle2 babi mcam neyh. ye lah, dulu ble nak jumpe boleh je, skrng? call je boleh~~
haha, gedik je. dlam bilik i penuh dngan gmbr u,haha :) xlah bnyak sngt kankan, amer. SERIUS imissu a lot ;( i miss u. nanty jumpe k? :)

i miss you:)

I miss you!
i want u always with me:) aha, gedik.

Monday, August 17, 2009

WORLD STAGE

gle jls kot,spe yg pergy world stage neyh, hmm
ya allah!! tpy dah terlepas dahhhhh,haiyoo!!
ples, come back!!!!!!!!



please,come back ~~~~~

Sunday, August 16, 2009

ENJOYSADENJOYSADDDDDD

mls lah nak cerita,nanty sek malu kankan?
tapy,hmmm. malas lh nak kecoh2. btw, ILOVESCOUTSOMUCH!!

saturday
best gle,nad,fella,aida dtng rmh tpy aida kene blik. perghh. kesian itu budak,haha. byeeee aidaaa~~
lpstuh nad,fella :) best gle, kelakar kot. adehhhhh
malam tdur smpai pukul 2.am,mybe?
lpstuh bgtau fella, fella aq lpr lah(ieka) g lah turun kat dapur, g mkann. mkan maggi,slurrrpppp!
sdp fella msk :) tbe2 rse tkot,sbb mcam ade bunyi yg menyeramkan~~~ ammmm :{
lpstuh main UNO ieka menang 2kali,nad xde lngsung mng(LOSER),fella 3kali.hahaha
sunday
bngun2 pukul 12 mcamtuh,nad kate nad nak mandy sbb mybe mak die nak amk japlgy,kononnyee
last2 malam,haha :)
ok lah,tu je lah :))
tpy sumpah best gleeeeee


~The end~

Sunday, August 9, 2009

Saturday, August 8, 2009

Saturday- 08 August 09
fuyoh,haha :) hary neyh keluar dengan ame lah :))
pergy mid valley jeah,jalan2. makan2,dalam pukul dua gerak r mid,lepas tu terserempak alan kat lrt.bangsar
gerak lah sekaly g mid,haha :) -menyeboooook,haha.joke lah bro!
g lah jlan2,yg si alan nak g beli suar sekolah,cry lah kt profaserrr,dah dpt dah.goooood
lepas tuh,yg si amer ngan alan g yamaha. boleh pulak dorng g jam jap,badget jeah.
lame kot :) aq boring,g lah f.o.s jap. sbb BOY kerja kat sane kan? borak2 ngan diyeee.haha
thenthenthenthen,g mkan kt oasis lah.sedap lah jugeeeek :)
lpstuh nak g maen boiling,tempat full,kene tulis name,alamak!mals lahhhh.
g lah maen game,best lah jugekk.THEN,g beli air kat juswork,haha :)
sedap lahhh,lepas tuh alan balik,byeee :)
ok,tuh je lah. MALAS LAH NAK TAIP,grrrr!

The End

sean kingston :)
YOU LOOK LIKE YOU THINKING ABOUT A GIRL LIKE ME LOL

Wednesday, August 5, 2009

KUKU IEKA KECIL


Nak tau?semua orng terkejut sbb kuku aq kecik gle. haha
cacat kot. :)
YEAH! ROCK BABEH, ROCKSTAR!!
haha :) LOSER KAU IEKA

MARRIED ?





LETS MARRY WITH ME ?
tuttt. haha, :)
Boring!!
grr,bosan gel kot.xtau lah knapee lah bosan sngt neyhh weyh :)
xtau nak buat ape,on pon boring jugak kan,haish.Sabor je lah,homework semua dah siap,just mls je nak buat folio GEOGRAFI pundeq lol.
Malas lah weyhh.


NEYH FOLIO GEOGRAFI

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada Pengetua,Puan Hanizah Binti Idris,yang telah memberi kebenaran kepada saya

menjalankan kajian ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru geografi saya Puan Zaleha ismail atas

segala bimbingan dan tunjuk ajar beliau dari segi mencari maklumat dan menyusun

maklumat.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah

memberikan dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua repoden yang telah memberikan

kerjasama kepada saya dan juga kepada rakan-rakan kelas saya yang telah

sama-sama menjalankan kajian ini.

PENDAHULUAN

Saya ,Nurul Afiqah Binti Md yusoff murid tingkatan tiga 2adil,telah memilih tajuk

Penempatan Dan Perkembangannya di kawasan Pantai Dalam.Saya memilih tempat ini

kerana tempat ini merupakan tempat kediaman saya.Negara yang saya pilih

Sebagai perbandingan dengan kawasan kajian saya ialah Singapura.Masa yang diberikan

Kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini ialah lapan minggu.Saya telah memberi

memberi tumpuan kepada jenis pola penempatan,faktor yang mempengaruhi petempatan,

fungsi petempatan,masalah petempatan,langkah mengurangkan masalah petempatan,

langkah mengurangkan masalah petempatan,penerapan nilai dan unsur patriotisme dalam

dapatan kajian kepada kawasan Pantai Dalam.

OBJEKTIF KAJIAN

A)Selepas menjalankan kajian,saya dapat:

§ Mengenal pasti jenis dan pola petempatan di Pantai Dalam dan negara yang saya

bandingkan iaitu Singapura.

§ Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi petempatan di Pantai Dalam dan

Negara yang saya bandingkan iaitu Singapura.

§ Mengenal pasti fungsi petempatan di Pantai Dalam dan negara yang saya

bandingkan iaitu Singapura.

§ Mengenal pasti masalah petempatan di Pantai Dalam dan negara yang saya

bandingkan iaitu Singapura.

§ Mengenal pasti langkah mengurangkan masalah petempatan di Pantai Dalam dan

negara yang saya bandingkan iaitu Singapura.

Saya berasa bangga kerana Pantai Dalam merupakan sebuah petempatan terancang.

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini saya lakukan bersama-sama empat orang rakan sedarjah.Semasa menjalankan

kajian ini,empat kaedah uatam telah saya gunakan,iaitu kaedah pemerhatian , soal

selidik,temu bual,mencari maklumat melalui internet.

Kaedah pertama yang saya telah gunakan,iaitu kaedah pemerhatian dengan memerhatikan

kawasan kajin saya,iaitu Pantai Dalam.Saya memerhatikan fungsi petempatan dan

masalah petempatan.

Kaedah yang kedua adalah ,kaedah soal selifik iaitu saya menggunakan boring soal

selidik untuk dijawab oleh respoden.Soalan adalah tentang masalah yang dialami dan

langkah mengurangkan masalah petempatan.

Kaedah temu bual iaitu kaedah ini digunakan ketika menemu bual 3 respoden daripada

kawasan kajian.Akhir sekali,kaedah yang saya gunakan adalah melayari internet untuk

mendapatkan sumber maklumat tambahan dan peta.

KAWASAN KAJIAN

Pantai Dalam merupakan kawasan petempatan yang terletak di barat daya Kuala

Lumpur kira-kira 15km dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur .Pantai Dalam terletak di

bawah kawasan Parlimen Lembah Pantai.

Kawasan ini menyediakan pelbagai perniagaan dan kemudahan.Selain itu,Pantai Dalam

mempunyai beberapa jaringan jalan raya yang menghubungkan kawasan ini ke

Klang Valley , New Pantai Expressway, Federal Highway.Penduduk di sini boleh

menggunakan kemudahan awam untuk bergerak ke suatu tempat yang lain seperti

menggunakan bas,LRT.KTM dan teksi.

Singapura pula adalah negara yang terletak terletak di Selatan Malayasia.Pulau dengan

Keluasan 682.7km persegi.Singapura merupakan sebuah negara yang maju dengan

sistem pengangkutan yang mempunyai petempatan bandar 100 peratus. Berdadangan ,

perindustrian dan pelancongan adalah merupakan kegiatan ekonomi utama negara ini.

DAPATAN KAJIAN

8.1 JENIS DAN POLA PETEMPATAN:

Sistem petempatan amat penting dalam pembangunan sesebuah kawasan.Pantai dalam

merupakan sebuah petempatan jenis bandar iainya terletak di kawasan Parlimen

Lembah Pantai,Kuala Lumpur.Kawasan ini mempunyai penduduk yang ramai dengan

kepadatan penduduk yang tinggi.Penduduk di sini dalam kegiatan ekonomi,

seperti perniagaan,perkhidmatan dan sebagainya.

Pola petempatan pula berpusat dan sedang pesat membangun.Binaan rumah di kawasan

Pantai Dalam ini rapat-rapat .Kemudahan yang terdapat di sini ialah sekolah,kenderaan

awam dan banyak lagi.

Di Negara Singapura pula,jenis petempatanya juga adalah bandar.

Pola petempatannya juga berpusat dan terancang seperti di kawasan

Kajian.Penduduk di Singapura lebih tertumpu dalam kegiatan ekonomi seperti

perkhidmatan dan perniagaan.Seperti Woodland merupakan kawasan yang terdapat

pelbagai kemudahan dan kegiatan ekonomi juga di jalankan di Woodland.

8.2 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN:

§ KEGIATAN EKONOMI:

Pantai Dalam merupakan kawasan petempatan dan perniagaan yang

membangun.Pelbagai aktiviti perniagaan seperti restoran,kedai-kedai runcit dan kedai-

kedai dobi,kedai-kedai menjual alat tulis dan di sini juga terdapat pasaraya yang agak

besar dan maju.

Manakala di Singapura ,kejadian yang sama wujud di Singapura iaitu petempatan

berkembang pesat akibat aktiviti-aktiviti perniagaan dengan wujudnya pusat beli belah di

sepanjang Bugis Street dan aktiviti perdagangan yang dilakukan sebagai pelabuhan entrepot.

§ DARJAH KETERSAMPAIAN :

Kedudukan Pantai Dalam yang terletak berhampiran dengan pusat bandar Kuala

Lumpur menyebabkan darjah ketersampaian yang tinggi.Dengan wujudnya jalan-jalan

utama yang menghubungi Pantai Dalam ke Jalan bangsar seterusnya ke Lebuhraya

Persekutuan.

Di Singapura juga darjah ketersampaian sangat tinggi disebabkan negaranya yang maju

dari sistem pengangkutannya yang cekap dan sistematik.Singapura memiliki sistem

pengangkutan MRT yang ada di seluruh negara.

Saya berasa amat bersyukur kerana tinggal di Pantai Dalam disebabkan banyak

kemudahan yang telah disediakan untuk meningkatkan kemajuan

dan mobiliti penduduk.

8.3 FUNGSI PETEMPATAN :

Pantai Dalam adalah kawasan yang berfungsi sebagai pusat perniagaan dengan wujudnya

kedai-kedai runcit,kedai-kedai dobi,restoran, dan pusat-pusat kecantikkan.Selain itu juga

,kawasan ini juga merupakan kawasan perkhidmatan dengan adanya klinik dan Pejabat

Pos.Di samping itu,Pantai Dalam juga merupakan pusat pendidikan dengan wujudnya

Sekolah Menengah Sri Pantai,Sekolah Rendah Agama Sri Pantai, tadika –tadika dan

terdapat juga pusat tusyen.

Di Negara bandingan iaitu Singapura juga berfungsi sebagai pusat perniagaan .Terdapat

Banyak pusat perniagaan dengan adanya pusat beli belah seperti The Centre Point,Raffles

City Shopping Centre dan di Orchard Road turut menjadi tumpuan para pelancong dari

Pelbagai Negara.

Saya berasa sangat bangga kerana dapat menjadi salah seorang penduduk di

Pantai Dalam kerana terdapat pelbagai perniagaan yang menyediakan keperluan kami

seharian selain pendidikan,peluang pekerjaan juga ada.

Bil

Masalah-masalah petempatan di Pantai Dalam

Jumlah

Pencemaran

Peluang pekerjaan

Kesesakan lalu lintas

Kekurangan infrastruktur

Kekurangan tempat tinggal

Banjir Kilat

Darjah ketersampaian

Jadual menunjukkan masalah-masalah petempatan di Pantai Dalam:

Sumber:Hasil dari soal selidik terhadap 20 orang respoden.

8.4 MASALAH PETEMPATAN:

§ KESESAKAN LALU LINTAS:

Kesesakan lalu lintas merupakan satu masalah yang sering dihadapi penduduk Pantai

Dalam pada waktupagi iaitu waktu orang semua ingin pergi ke tempat kerja atau sekolah

dan pada waktu petang yang merupkan waku orang pulang dari tempat kerja atau

sekolah.Kesesakan lebih tertumpu pada jalan utama untuk menghubungi pusat bandaraya

Kuala Lumpur.

Singapura juga menghadapi masalah yang sama iaiti kesesakan lalu lintas ketika waktu

Pagi dan petang.Kesesakan lalu lintas yang teruk disebabkan jalan yang sempit.

§ PENCEMARAN:

Pencemaran yang sering berlaku di kawasan ini ialah pencemaran udara.Pencemaran

udara berlaku disebabkan gas monosikda yang dihasilkan oleh kenderaan yang banyak

dan aktiviti masyarakat seperti membakar sampah, memasak menggunakan arang/ kayu,

merokok.

Singapura juga mengalami masalah pencemaran udara.Ianya berpunca dari asap tebal

yang dikeluarkan oleh kilang di kawasan perindustrian Jurong.Selain itu,pertambahan

kenderaan di Singapura turut menjejaskan pemandangan Singapura.

Saya berasa bersyukur kerana walaupun Pantai Dalam terdapat masalah namun,masalah

ini akan dapat diselesaiakan dengan kerjasama penduduk dan kerajaan.

Radial Diagram

Peta minda di atas menunjukan langkah mengurangkan masalah petempatan di Pantai

Dalam.

8.5 LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH

PETEMPATAN:

§ BERKONGSI KENDERAAN:

Langkah yang boleh mengatasi masalah ini adalah dengan berkongsi kenderaan.Banyak

Manfaat yang kita dapat dari berkongsi kenderaan seperti mengurangkan kesesakan lalu

lintas ,dapat menjimatkan duit dan dapat memupuk sikap tolong-menolong antara satu

sama lain.Penduduk di kawasan ini juga digalakkan menggunakan pengangkutan awam

seperti bas,ktm,lrt dan teksi.

Di Singapura pula,penduduk boleh menggunakan pengangkutan awam seperti

MRT.Selain itu dengan melebarkan jalan raya untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

§ MENANAM POKOK:

Langkah yang boleh dijadikan untuk mengatasi masalah pencemaran ialah menanam

pokok.Saya cadangkan lebih banyak pokok yang di tanam di kawasan ini udara akan

menjadi lebih segar dan masalah pencemaran udara dapat diatasi.

Tidak ketinggalan juga dengan Singapura ,dengan program ‘Plant A Tree’ yang telah

dilaksanakan untuk menanam pokoko oleh rakyatnya.Majlis Alam Sekitar Singapura dan

Tabung Garden City menggalakkan rakyatnya menanam pokoko pada ahad akhir setiap

bulan.

Saya bersyukur kerana kerjasama antara kerajaan dan penduduk kawasan ini telah

berusaha mengambil langkah mengatasi masalah dari masa ke semasa.Kita juga harus

menjaga kebersihan kawasan ini.

RUMUSAN

Selepas melaksanakan kajian,saya mendapati kawasan Pantai Dalam dan Singapura

merupakan petempatan bandar dan mempunyai pola berpusat.

Faktor darjah ketersampaian yang tinggi mempengaruhi petemapatan di kedua-dua

kawasn ini.Ia juga mempunyai pelbagai fungsi seperti perniagaan,pengangkutan dan

pusat pendidikan.

Dari kajian ini saya juga telah mengenal pasti masalah di kawasan kajian dan di

Singapura seperti pencemaran ,kesesakan lalu lintas,dan lain-lain lagi.

Langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi di

kawasan kajian ialah seperti berkongsi kenderaan,penanaman pokok dan sebagainya.

Saya berasa gembira dapat berkerjasama dengan penduduk kawasan ini bagi menyiapkan

kerja kursus ini.Saya juga berasa bersyukur dapat tinggal di sebuah kawasanyang

mempunyai pelbagai jenis kemudahan dan kegiatan ekonomi yang dapat membangunkan

,memajukan kawasan ini.

LAMPIRAN

RUJUKAN

§ Chong Mui Sen,2009,Geografi Tingkatan 3,Petaling Jaya,Sasbadi Sdn Bhd.

§ http://www.geocities.com/k3

§ http://.wikipedia.org/wiki/jurong

§ Abd.Rahim Md.Nor,2004,Buku Teks Geografi Tingkatan 3,Malaysia’Cerdik

Publications Sdn Bhd.